BTS Media

Suruhanjaya Siasatan Diraja Batu Puteh cadang siasatan jenayah terhadap Tun Mahathir

SURUHANJAYA Siasatan Diraja (RCI) mengenai pengendalian isu kedaulatan membabitkan Batu Puteh, Middle Rocks dan South Ledge mencadangkan supaya siasatan jenayah dibawa ke atas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam laporan yang telah disunting, didedah dan dibentangkan di Parlimen pada hari Khamis (5 Dis), laporan RCI mengesyorkan supaya siasatan meliputi kesalahan menipu di bawah Seksyen 415 (b), 417 dan 418 Kanun Keseksaan, yang mengakibatkan kehilangan Batu Puteh. Ia juga mengesyorkan agar setiausaha RCI membuat laporan polis untuk memulakan siasatan, lapor The Star.

Pada 19 Nov, Azalina Othman Said berkata laporan RCI itu akan dibentang dan dibahaskan semasa mesyuarat Dewan Rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) berkata laporan itu, yang disiapkan pada 31 Julai, dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Raja Malaysia pada 12 Ogos dan diserahkan kepada Kabinet pada 28 Ogos.

Pada 12 Jun, Tun Mahathir telah memberikan keterangan semasa prosiding tertutup RCI.

-BTS Media

Leave a Comment