BTS Media

Gencatan senjata antara Israel Hizbullah Lubnan berkuat kuasa

HIZBULLAH akan kekal aktif walaupun gencatan senjata mula berkuat kuasa.

Kumpulan pejuang itu akan terus membantu membantu rakyat Lubnan yang menjadi pelarian untuk pulang ke kampung halaman mereka dan membina semula kawasan yang musnah akibat serangan Israel, kata pegawai kanan Hizbullah, Hassan Fadlallah pada hari Selasa.

Beliau, yang juga ahli Parlimen Lubnan, memberitahu Reuters dalam temu bual bahawa dengan berakhirnya pencerobohan Israel terhadap Lubnan, kumpulan pejuang akan berusaha untuk membantu rakyat yang terkesan pulang (ke rumah) dan membina semula kehidupan mereka.

Fadlallah berkata bahawa institusi kesihatan, sosial dan pembangunan Hizbullah kini bersedia untuk bekerjasama dengan negara Lubnan untuk melindungi mereka yang terusir akibat perang, membina semula kawasan yang musnah, dan mengebumikan mangsa yang terkorban.

Menurut beliau lagi, semua ini bergantung pada gencatan senjata, yang berkuat kuasa pada petang hari Selasa.

“Kami terus berada dalam waktu berbahaya dan sensitif kerana kami telah terbiasa dengan kelakuan dan tindakan Israel, yang menjelang detik-detik tamat permusuhan akan  memperhebatkan serangannya ke atas kawasan Lubnan,” katanya.

Fadlallah merujuk kepada serangan intensif tentera udara Israel pada petang semalam di Beirut dan pinggir selatannya.

Beberapa jam selepas beliau bercakap dengan Reuters, tentera Israel dengan biadabnya mengeluarkan arahan pemindahan untuk empat kawasan kejiranan di tengah Beirut.

-BTS Media

 

 

 

Leave a Comment