BTS Media

Serangan roket di wilayah diduduki Israel: Hizbullah nafi bertanggungjawab

Oleh Yusoff A. Shariff

PIHAK berkuasa Israel berkata satu serangan roket ke atas sebuah padang bola sepak di Dataran Tinggi Golan yang diduduki Israel mengorbankan 12 orang, termasuk kanak-kanak pada hari Sabtu.

Rejim Zionis Israel pantas menyalahkan pejuang Hizbullah Lubnan dan berikrar untuk mengatur serang balas terhadap kumpulan pejuang yang berpangkalan di Lubnan itu tanpa usul periksa.

Hizbullah menafikan sebarang tanggungjawab terhadap serangan maut itu, yang dianggap paling ‘mengerikan’ sejak bermulanya perang di Gaza.

Serangan terbaharu itu telah meningkatkan ketegangan dan menimbulkan kebimbangan akan berlaku konflik lebih besar di rantau tersebut.

Menurut Reuters, serangan berlaku di sebuah padang bola sepak di perkampungan Druze di Majdal Shams, Dataran Tinggi Golan yang diduduki Israel setelah ditawan dari Syria dalam perang Timur Tengah tahun 1967.

Dalam satu kenyataan, Hizbullah berkata: “Pihak kami sama sekali tidak ada kaitan dengan kejadian itu, dan secara mutlak menafikan semua dakwaan palsu dalam yang dilaporkan oleh media musuh”.

Menurut beberapa sumber, roket tersebut sebenarnya adalah sebahagian daripada sistem pertahanan Iron Dome Israel yang tersalah sasar.

-BTS Media

Leave a Comment