POLIS menahan seorang pemandu lori yang bertanggungjawab dalam kemalangan mengakibatkan kematian seorang penunggang motosikal dan mencederakan seorang pemandu kereta di Jalan Kerinchi, menghala dari Jalan Pantai Dalam ke Jalan Pantai Baru di Kuala Lumpur.
Kejadian yang berlaku pada pagi jari Sabtu dan tular di media sosial, berlaku apabila lori di tapak pembinaan tiba-tiba mula mengundur.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata polis menerima laporan kejadian itu pada pukul 8.34 pagi membabitkan sebuah motosikal, sebuah lori dan sebuah kereta.
“Pemandu lori lelaki berusia 32 tahun sedang mengisi semula minyak brek lorinya di dalam tapak pembinaan ketika kejadian berlaku.
“Ketika mengisi minyak brek, lori itu tiba-tiba mula mengundur sendiri, merempuh pintu pagar keselamatan dan kemudian ke jalan utama, di mana ia bertembung dengan motosikal yang ditunggangi seorang lelaki berusia 32 tahun.
– BTS Media