SEJARAWAN dan tokoh akademik Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling, 80, meninggal dunia pada pukul 4.30 pagi Khamis (7 Nov) di Hospital Shah Alam.
Zainal ialah bekas pemegang Kerusi Raja-Raja Melayu di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan timbalan naib canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Malaya (UM).
Menurut anaknya Reza Safri Zainal, jenazah bapanya dibawa ke di Surau Seksyen 3 di Shah Alam untuk urusan pengebumian.
“(Dia dirawat) selama tiga hari di Hospital Shah Alam, setelah kesihatannya merosot akibat komplikasi diabetes.
“Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Seksyen 21, Shah Alam selepas solat zohor hari ini,” katanya.
Zainal memulakan mengajar di UM pada tahun 1967 sebelum dilantik sebagai penolong pensyarah pada bulan Februari 1974.
Beliau merupakan profesor madya dari bulan Disember 1977 hingga 1992 dan dilantik sebagai profesor penuh pada tahun 1992.
Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai pengarah Pusat Penyelidikan Integrasi Nasional di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan ketua Kluster Sejarah di Majlis Profesor Negara. Zainak juga merupakan timbalan pengerusi Lembaga Tamadun Melayu (ADAB).
-BTS Media