TAN Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) menempelak dasar kerajaan yang disifatkan sebagai songsang ketika mempersoal status melaksanakan cukai barang bernilai tinggi (HVGT).
Presiden Bersatu itu menegaskan pelaksanaan HVGT sepatutnya dilaksanakan pada tahun ini, sebaliknya tidak diketahui lagi perkembangannya.
“Kita tak dengar apa-apa berita lagi mengenainya. Adakah ditangguh atau dibatalkan? Sedangkan cukai jualan sebanyak 10 peratus ke atas barangan bernilai rendah atau low value goods tax telah pun dilaksanakan sejak bulan Januari tahun ini.
“Ini seolah-olah orang miskin yang membeli barangan murah dikenakan cukai, orang kaya yang memberi barangan mahal tak dikenakan cukai. Ini satu dasar yang songsang,” katanya pada sesi perbahasan Belanjawan Madani 2025 di Dewan Rakyat, hari ini (23 Okt).
Pelaksanaan HVGT dirancang untuk dikuatkuasakan pada tahun ini seperti mana diumumkan dalam belanjawan 2024 tahun lalu, bagaimanapun ia ditangguhkan.
Baca lagi: https://www.malaysiakini.com/news/723651