BTS Media

Bomba TTDI selamat kucing terperangkap celah tiang jejambat

PADA hari Jumaat (11 Okt) lalu anggota bomba Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur telah bertindak menyelamatkan seekor kucing yang didapati terperangkap di celah jejambat Kampung Sungai Penchala.

Video operasi pada hari Jumaat (11 Oktober) yang dimuat naik ke media sosial itu telah mendapat pujian daripada orang ramai.

Bagaimanapun, tiada butiran lanjut tentang bagaimana kucing tersebut terperangkap di celah tiang jejambat.

Kelihatan kucing itu memeluk erat pada tubuh anggota bomba yang memanjat tangga untuk mengambilnya.

Setiba di bawah, kucing tersebut yang tidak mengalami sebarang kecederaan terus melarikan diri.

-BTS Media

Leave a Comment