GAMBAR: Anadolu
AMERIKA Syarikat memberi amaran kepada Iran di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ((PBB) pada hari Rabu agar tidak menyasarkannya Amerika Syarikat atau Israel.
AS merujuk kepada kenyataan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, bahawa “dendam mendendam perlu dihentikan” di Timur Tengah.
“Masa semakin suntuk,” katanya kepada majlis yang dianggotai 15 orang semasa bermesyuarat selepas Israel membunuh pemimpin Hizbullah dan memulakan serangan darat ke atas Lubnan, yang balas oleh Iran dengan pelancaran beratus peluru berpandu balistik terhadap Tel Aviv.
Duta Besar AS ke PBB, Linda Thomas-Greenfield berkata, selama ini tindakan ketenteraan Amerika Syarikat hanya sekadar untuk ‘mempertahankan diri (defensif).
“Biar saya jelaskan, bahawa Iran akan bertanggungjawab atas tindakannya, dan kami memberi amaran keras terhadap Iran mahupun sekurunya yang mengambil tindakan terhadap Amerika Syarikat, atau tindakan lanjut terhadap Israel.” katanya.
Duta Perancis di PBB, Nicolas de Riviere, pula berkata Perancis mahu Majlis Keselamatan “menunjukkan perpaduan dan bercakap dengan satu suara” untuk meredakan keadaan.
Bagaimanapun, Linda Thomas-Greenfield dengan sombong berkata bahawa majlis harus mengecam serangan Iran dan mengambil tindakan serius” ke atas Iran atas apa yang laku.
“Kami mempunyai tanggungjawab bersama, sebagai anggota Majlis Keselamatan, untuk mengenakan sekatan tambahan ke atas Iran kerana menyokong keganasan, dan kerana mengingkari begitu banyak resolusi Majlis ini,” kata duta AS itu, lapor Middle East Monitor.
Dalam pada itu, Guterres memberitahu majlis bahawa beliau mengutuk sekeras-kerasnya serangan Iran ke atas Israel, tanpa mempedulikan tindakan ganas Israel ke atas Lubnan, Hizbullah dan penduduk Gaza.
Duta Besar Rusia di PBB, Vassily Nebenzia pula memuji Iran kerana mengambil tindakan wajar bagi mempertahankan pihak yang dianiayai dengan ganas sejak kebelakangan ini.
Beliau berkata serangan peluru berpandu ke atas Israel tidak boleh “digambarkan seolah-olah semua ini berlaku dalam kekosongan (tindakan sebelah pihak semata-mata) tanpa melihat kepada angkara negara Zionis itu terhadap Lubnan, Gaza, Syria, dan Yaman.
“Namun demikian ia tetap berlaku, justeru mencorakkan lingkaran baharu sangat berbahaya bagi konflik Timur Tengah yang semakin meluas,” kata Nebenzia.
Dalam surat kepada Majlis Keselamatan pada hari Selasa, Iran mewajarkan serangannya ke atas Israel sebagai mempertahankan diri di bawah Artikel 51 Piagam PBB, dengan memetik “tindakan agresif” oleh Israel, termasuk pencabulan kedaulatan Iran.
“Iran mematuhi sepenuhnya prinsip di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa apabila hanya menyasarkan pangkalan tentera Israel dan bukannya orang awam.
Duta Besar Israel ke PBB, Danny Danon, pada hari Rabu menolak bulat-bulat pendirian Iran yang hanya mempertahankan diri.
Tanpa mempedulikan apa yang sebenarnya berlaku, Danon masih degil mengatakan bahawa Iran kononnya melakukan serangan ke atas penduduk awam,” katanya kepada pemberita sebelum Majlis bermesyuarat.
Dia berkata Israel tidak akan berdiam diri dalam menghadapi “pencerobohan” tersebut, dan bertekad akan bertindak balas.
“Respons kami akan dilakukan dengan tegas dan amat menyakitkan,” katanya lagi.
-BTS Media