GAMBAR: CTV News.
Oleh Yusoff A. Shariff
MALAYSIA kecewa dengan kegagalan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengakui Palestin sebagai anggota penuh PBB.
Melahirkan kebimbangan, Menteri Luar Mohamad Hasan berkata apa yang berlaku itu juga mengecewakan kerana kuasa veto diguna untuk menyekat majlis itu daripada menerima Palestin sebagai anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Ia berlaku walaupun majoriti negara menyokong untuk membenarkan Palestin sebagai anggota PBB.
Pelaksanaan veto terhadap perkara penting ini mempersoalkan keinginan tulen pihak anggota majlis untuk merealisasikan hak rakyat Palestin menentukan nasib sendiri setelah Israel menduduki wilayah Tebing Barat, Gaza dan Timur Baitulmuqaddis secara haram sejak 1967.
Permohonan Palestin untuk menjadi ahli telah ditolak pada hari Khamis (18 April) berikutan veto oleh Amerika Syarikat.
Dua belas anggota majlis keselamatan mengundi menyokong ,manakala United Kingdom dan Switzerland berkecuali.
-BTS Media