Oleh Yusoff A. Shariff
MALAYSIA mahu kuasa veto Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dimansuhkan, selaras dengan prinsip satu negara, satu undi, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perdana Menteri berkata konflik dan krisis yang melanda dunia hari ini, termasuk di Ukraine, Palestin dan Myanmar tidak dapat diselesaikan berikutan kepincangan dalam sistem tadbir urus global dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu sendiri.
“Masalah terbesar dalam PBB ialah Majlis Keselamatan. Kuasa veto sering disalahgunakan untuk memihak kepada kuasa dunia yang memilikinya.” katanya pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-77 pada Jumaat (23 Sept) (Sabtu (24 Sept), waktu Malaysia).
Beliau tampil ke podium berpakaian baju Melayu hitam lengkap dengan sampin dan songkok, dan berucap dalam Bahasa Melayu.
Ismail Sabri berkata kuasa veto yang ada pada Majlis Keselamatan PBB itu tidak demokratik, dan melanggar prinsip asas demokrasi, dan menyebabkan banyak konflik dunia tidak dapat diselesaikan oleh mana-mana anggota tetap Majlis berkenaan.
Menurut beliau, sebagai sebuah pertubuhan yang memikul semangat dan simbol demokrasi, PBB perlu kembali ke landasan asal sewaktu ditubuhkan.
Teks Ucapan Sempena Perhimpunan Agung P..-BTS Media