GAMBAR: Impresi Pelukis
GEORGE TOWN: Sebanyak 58 pokok tumbang di Bukit Bendera sejak musim hujan bermula pertengahan bulan lalu, namun semua sistem untuk projek kereta kabel di pusat peranginan bukit tersebut masih befungsi.
Pokok-pokok itu, termasuk pokok Tulip Afrika, berumur kira-kira 30 hingga 50 tahun, kata pengurus besar Penang Hill Corporation Cheok Lay Leng.
“Ada yang tumbang kerana dihempap pokok lain.
“Bagi projek kereta kabel, beliau berkata Pembangunan projek mega itu masih lebih awal daripada jadual dengan pembinaan medan selera sementara berjalan lancar.
Beliau berkata kerja-kerja utama akan dimulakan pada 15 Okt ini.
“Kerja-kerja sedang dijalankan untuk membina medan selera sementara yang terletak bersebelahan dengan pejabat Taman Botani Pulau Pinang.
“Medan selera sedia ada di situ akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan tempat letak kereta bertingkat.
“Pengusaha gerai akan berpindah ke tapak sementara tidak lama lagi,” katanya ketika dihubungi, lapor The Star.
Mengenai cuaca yang tidak menentu sekarang, Cheok berkata tiada tanah runtuh besar dilaporkan di Bukit Pulau Pinang, selain sedikit kejadian hakisan tanah.
“Beberapa anggota pasukan penyelenggaraan kami, yang ditempatkan di atas bukit, bertindak pantas bersama penduduk setempat untuk membersihkan pokok tumbang yang menghalang lalu lintas atau menyekat laluan jip dan kawasan puncak.
“Kita mahu memastikan jalan dan laluan utama di atas bukit yang digunakan oleh penduduk dan pejalan kaki bebas daripada halangan.
Cheok berkata tiada kerja akan dijalankan semasa cuaca buruk demi keselamatan pekerja dan penduduk.
Sebelum ini dilaporkan bahawa laluan kereta kabel bernilai RM245 juta dengan tiga stesen – Stesen Taman, Stesen Geling Belokan dan Stesen Bukit, dijadualkan siap pada 30 Jun 2026.
Perjalanan menaiki kereta kabel sejauh 2.73km, yang bermula dari Taman Botani Pulau Pinang ke puncak Bukit Bendera, kira-kira 700m di atas paras laut dianggarkan kurang – akan daripada 10 minit.
Projek tersebut diberikan kepada Kumpulan Hartasuma untuk selama 30 tahun.
Syarikat itu melantik peneraju pasaran ropeway yang berpangkalan di Austria, Doppelmayr Seilbahnen GmbH untuk membekalkan sistem kereta kabel.
Doppelmayr telah membina lebih 15,400 pemasangan ropeway di seluruh dunia, termasuk 86 pemasangan kereta kabel yang terletak di tapak warisan Unesco, geopark dan biosfera serta pelbagai taman negara di seluruh dunia.
-BTS Media