BTS Media

Lelaki rotan murid di tangan dihadapkan tiga tuduhan

GAMBAR: Sinar Harian

 

KLANG – Seorang lelaki yang tular dalam video merotan murid-murid di sebuah rumah amal, dibawa ke Mahkamah Sesyen di sini pada hari Khamis, bagi menghadapi tiga pertuduhan melakukan penderaan.

Dia yang memakai baju T berwarna merah diiringi pihak polis, tiba di mahkamah pada pukul 9.45 pagi.

Semalam (Rabu) Ketua Polis Negara, Razarudin Husain berkata, pendakwaan terhadap suspek akan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Pada 16 September lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memulakan siasatan berhubung rakaman video memaparkan beberapa kanak-kanak lelaki dipercayai didera.

Polis juga telah mengesan kanak-kanak lelaki terbabit dalam kalangan mangsa berjaya diselamatkan sebelum ini yang dipisahkan dengan bapanya sejak 2021.

Baru-baru ini, satu rakaman video sepanjang satu minit sembilan saat memaparkan seorang kanak-kanak lelaki didakwa didera itu tular di media sosial.

Dalam rakaman video itu, kanak-kanak lelaki terbabit kelihatan mengerang kesakitan ketika disoal beberapa kali oleh seorang lelaki dewasa yang merotan tangannya.

-BTS Media

Leave a Comment