BTS Media

Ribut petir, hujan lebat diramal di utara Semenanjung 2 – 7 Sept

RIBUT petir berserta hujan lebat dijangka berlaku dalam tempoh lebih panjang di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak mulai 2 hingga 7 Sept ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan ia berdasarkan analisis model cuaca yang menyaksikan penumpuan angin dijangka berlaku di utara Semenanjung dalam tempoh itu.

Di negeri lain, cuaca ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang masih berpotensi berlaku sepanjang minggu ini, kata kenyataan itu.

Orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini serta sahih.

Media BAH

-Bernama

Leave a Comment