BTS Media

Warga India dikhuatiri terjatuh dalam lubang tanah jerlus di jalan Masjid India, Kuala Lumpur

SEORANG wanita berusia 48 tahun terjatuh ke dalam lubang akibat tanah jerlus sedalam lapan meter selepas bahagian siar kaki runtuh di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur berhampiran bangunan Malayan Mansion pada hari Jumaat 23 Ogos.

Mangsa warga India itu sedang berjalan di sepanjang siar kaki di kawasan berkenaan ketika kejadian berlaku.

Bilik gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.22 pagi.

Kira-kira 15 anggota bomba dari dua balai bomba dikejarkan ke tempat kejadian.

The Star memetik Komander operasi Mohd Riduan Akhbar berkata lubang itu sedalam kira-kira lapan meter, dan operasi mencari dan menyelamat segera dijalankan.

Beliau berkata, Pasukan Taktikal Khas Operasi dan Menyelamat Malaysia (STORM) dan unit K9 turut berada di lokasi.

-BTS Media

Leave a Comment