BTS Media

PN calonkan bekas tentera laut untuk PRK Nenggiri

BEKAS tentera laut Mohd Rizwadi Ismail, 41 dari parti BERSATU diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional bagi Pilihanraya Kecil Nenggiri pada 17 Ogos.

Pengumuman dibuat oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud semasa majlis di sebuah masjid di Gua Musang pada hari Isnin (29 Julai).

Menurut Nassuruddin, Rizwadi merupakan anak tempatan yang kini menetap bersama keluarga seorang isteri dan lima anak di DUN Nenggiri.

Mohd Rizwadi pernah berkhidmat sebagai tentera laut di Pahang, Sabah dan Perak.

“Selepas bersara, dan menetap di kawasan itu, beliau aktif bersama masyarakat Gua Musang, khususnya di Nenggiri,” kata Nassuruddin.

Rizwadi akan bertanding di bawah logo PAS dan akan berdepan dengan Ketua Pemuda Umno Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani.

-BTS Media

Leave a Comment