BTS Media

Dunia catat hari paling panas pada 21 Julai

HARI Ahad, 21 Julai merupakan hari paling panas pernah direkodkan di seluruh dunia, menurut data awal daripada Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah.

Gelombang haba telah memanaskan sebahagian besar Amerika Syarikat, Eropah dan Rusia sepanjang minggu lalu.

Copernicus mengesahkan kepada Reuters bahawa rekod purata suhu harian yang ditetapkan tahun lepas nampaknya telah dipecahkan pada hari Ahad, dalam senarai sukatan sejak sejak 1940.

Tahun lalu menyaksikan catatan rekod empat hari berturut-turut dari 3 Julai hingga 6 Julai, kerana perubahan iklim, didorong oleh pembakaran bahan api fosil, serta haba melampau merentasi Hemisfera Utara.

Setiap bulan sejak Jun 2023 – 13 bulan berturut-turut – kini disenaraikan sebagai yang terhangat sejak rekod bermula, berbanding bulan yang sama pada tahun-tahun sebelumnya, kata Copernicus.

Menurut sesetengah saintis, 2024 boleh mengatasi 2023 sebagai tahun paling panas sejak rekod bermula, kerana perubahan iklim dan fenomena cuaca semula jadi El Nino – yang berakhir pada April – telah mendorong suhu lebih tinggi tahun ini.

-BTS Media

Leave a Comment