BTS Media

Albertine ditemukan selamat di Batang Kali, Selangor

SEORANG kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di Iskandar Puteri pada Sabtu lalu ditemukan hari ini.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan, yang mengesahkann perkara ini berkata kanak-kanak tersebut ditemukan di sekitar Batang Kali, Selangor.

Sementara itu, Ketua Polis Johor M Kumar memberitahu memberitahu media, bahawa Albertine Leo Jia Hui, 6 tahun, ditemukan selamat di kawasan Batang Kali, Kuala Kubu Bharu pada kira-kira pukul 4 pagi tadi.

Katanya seorang suspek juga ditahan dan sudah dibawa ke Johor untuk disoal siasat.

“Selain tangkapan ini, polis juga membuat tangkapan ke atas dua lelaki dan dua perempuan semalam untuk membantu siasatan.

“Siasatan dialankan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” katanya semasa sidang media yang disiarkan secara langsung melalui sosial pagi ini.

Leo dilaporkan hilang dari pesta Bon Ondori di Iskandar Puteri, Johor pada hari Sabtu.

Polis sejak itu mengklasifikasikan semula kes berkenaan sebagai culik selepas tiga suspek ditahan pihak berkuasa semalam.

-BTS Media

Leave a Comment