BTS Media

Gangguan IT global: Malaysia Airlines, Firefly untuk jadual 19 Julai tidak terjejas, kata MAG

Oleh Yusoff A. Shariff

MALAYSIA Aviation Group (MAG) mengesahkan bahawa jadual penerbangan pesawat Malaysia Airlines dan Firefly untuk hari Jumaat (19 Julai) kekal tidak terjejas, dan tiada penerbangan telah dibatalkan kerana gangguan perkhidmatan oleh penyedia perkhidmatannya.

Bagaimanapun, ia berkata masalah ini telah menjejaskan tempahan Firefly dan sistem daftar masuk dalam talian.

“Firefly bekerjasama rapat dengan penyedia perkhidmatan untuk menyelesaikan isu itu dan memulihkan sistem secepat mungkin,” kata MAG dalam satu kenyataan pada hari Jumaat.

Terdahulu, semakin banyak laporan diterima dari serata dunia tentang gangguan penerbangan.

Isu dikatakan ada kaitan dengan firma keselamatan siber global Crowdstrike.

CrowdStrike Holdings Inc ialah syarikat teknologi keselamatan siber Amerika yang berpangkalan di Austin, Texas.

Ia menyediakan sistem pengendalian beban kerja dan keselamatan titik akhir, risikan ancaman dan perkhidmatan serangan siber.

-BTS Media

Leave a Comment