BTS Media

Dakapan maut bersama DAP punca kemerosotan UMNO – Ramasamy

BEKAS timbalan ketua menteri Pulau Pinang, P Ramasamy mendakwa pakatan Umno bersama DAP adalah punca kemerosotan bekas parti dominan itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, bekas pemimpin DAPĀ  yang digugurkan pada pilihan raya negeri Pulau Pinang tahun lalu itu, berkata Umno tertekan, bukan sahaja dengan kemungkaran pemimpin terdahulu dan sekarang tetapi terbelenggu dengan ‘hubungan peliknya’ dengan DAP.

ā€œUmno, parti keramat orang Melayu, tidak akan dapat menikmati semula ketuanan politik masa lampaunya selagi dibelenggu perkara ini.

ā€œKedua-dua parti, Umno dan DAP adalah musuh tradisi sejak sekian lama,Ā  selama bertahun-tahun, sebelum mereka berdakapan dalam politik selepas pilihan raya umum lalu.

“Walaupun pemimpin politik kedua-dua parti mempunyai alasan untuk berdakapan sesama mereka, namun bagi ahli akar umbi Umno ia adalah pahit,” kata Ramasamy.

Dakwanya, pada pilihan raya kecil Sungai Bakap baru-baru ini, ahli Umno akar umbi mengundi calon PN, dan trend ini akan berterusan. Ramasamy sedang cuba untuk menghidupkan semula kerjaya politiknya menerusi parti baharunya Urimai bersama pakatan Perikatan Nasional yang ditunjang oleh PAS dan Bersatu.

ā€œAhli Umno yang telah dididik untuk membenci DAP sebagai punca segala keburukan tidak boleh mencerna pakatan politik di bawah kerajaan pimpinan PH.

ā€œPemimpin kedua-dua parti mungkin bergandingan dalam mesyuarat politik tetapi perasaan dan sentimen ahli akar umbi berbeza.

“Ahmad Zahid Hamidi mungkin presiden Umno, tetapi tindakannya menimbulkan rasa tidak puas hati dalam parti. Mungkin ada sebab peribadi mengapa dia membuka jalan untuk berdakapan dengan DAP,” katanya.

Dia juga menuduh DAP cuba menyamar sebagai parti politik pelbagai etnik.

ā€œDAP mahu menggantikan MCA sebagai wakil tunggal kaum Cina tanpa menggelarkan mereka sebagai parti Cina,ā€ kata Ramasamy.

Umno sebelum ini mentadbir Malaysia selama lebih 60 tahun sebelum tumbang dengan hanya memenangi 26 daripada 222 kerusi parlimen pada pilihan raya umum 2022.

Ramasamy mendakwa semakin lama Umno terperangkap dalam dakapan bersama dengan DAP, semakin lama parti itu perlukan untuk menyakinkan semula orang Melayu supaya kembali menyokongnya.

ā€œMenyertai gabungan pimpinan PH mungkin memberi manfaat kepada barisan tertinggi kepimpinan Umno, tetapi bagi ahli biasa hubungan dengan DAP bukanlah sesuatu yang boleh diterima.

ā€œSemakin lama Umno meneruskan hubungan dengan DAP, semakin ramai ahli akan cuba mencari padang rumput lebih hijau dengan bersama PAS dan Bersatu.

“Masalah Umno bukan semua tentang hubungannya dengan DAP kerana parti itu tidak boleh dihidupkan semula atau dicipta semula tanpa pembersihan beberapa pemimpinnya dengan rekod buruk,” katanya, merujuk kepada DNAA Zahid mengenai 47 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram.

“Umno menghadapi masalah yang serius. Parti yang memperjuangkan kemerdekaan negara mungkin menghadapi kehancuran secara perlahan tetapi pasti,” katanya lagi.

Baca lagi: https://www.malaysiakini.com/news/711915

Leave a Comment