BTS Media

Calon DAP juga calon BN, kata Umno Selangor

KETUA Umno Selangor Megat Zulkarnain Omardin menggesa ahli UMNO supaya bersatu untuk pilihan raya kecil Kuala Kubu Baru akan datang, dan memberikan sokongan kepada DAP.

Dalam temu bual dengan Utusan Malaysia yang disiarkan hari ini, beliau berkata Umno tidak perlu berasa terkesan dengan dakwaan bahawa parti itu akan digunakan oleh DAP.

Beliau berkata, ahli UMNO mesti bersetuju bahawa calon yang dikemukakan adalah calon kerajaan perpaduan, dan ia mengatasi mana-mana parti dalam kerajaan.

Menurut Megat Zulkarnain, UMNO mesti bersatu dan memahami gambaran yang lebih besar.

Beliau berkata, sama ada suka atau tidak ahli UMNO perlu menerima keadaan itu.

Sebelum ini, MCA dan MIC berkata mereka tidak akan berkempen pada pilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu akan datang sekiranya gabungan perpaduan itu tidak meletakkan calon daripada BN.

Bagaimanapun, kepimpinan Umno berkata mereka menghormati keputusan itu tetapi berharap ia berubah.

-BTS Media

Leave a Comment