BTS Media

Mungkin DAP bekerjasama dengan UMNO – Loke

Oleh Yusoff A. Shariff

SETIAUSAHA Agung DAP Anthony Loke tidak menolak kerjasama dengan UMNO, kerana menurutnya “apa-apa pun boleh berlaku dalam politik”.

Beliau, bagaimanapun, berkata jika ada kerjasama, ia hanya akan berlaku selepas pilihan raya umum akan datang.

Loke berkata beliau tidak akan menolak apa-apa kerana yang penting semua parti mesti berdasarkan agenda, dan DAP terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang melaksanakan agenda yang sama,” lapor FMT.

Menurut beliau, kerjasama antara parti berbeza lebih berkemungkinan berlaku sejak pilihan raya umum 2018 apabila landskap politik negara menghadapi perubahan drastik, khususnya ketiadaan parti dominan tunggal.

Beberapa contoh kerjasama, termasuk penyingkiran Datuk Seri Ahmad Azumu (Bersatu) sebagai Menteri Besar, dan MoU di antara pakatan pembangkang dan Perdana Menteri Ismail Sabri.

Mengenai pendirian DAP berhubung calon perdana menteri, Loke berkata parti itu berada di belakang Anwar Ibrahim, walaupun Ahli Parlimen Seremban itu tidak menolak keperluan untuk berkompromi jika tiada parti yang mempunyai majoriti jelas selepas pilihan raya umum ke-15.

Dilaporkan bulan lepas parti Tun Dr Mahathir Mohamad, Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) telah menutup pintu perbincangan dengan PH dan Perikatan Nasional (PN), atas alasan ketidakupayaan untuk bekerjasama dengan pemimpin masing-masing.

-BTS Media

Leave a Comment