BTS Media

Bekas ‘YB Hulk’ sedia kembali ke DAP atau UMNO

Oleh Fetty Rara

Bekas ADUN Melaka Norhizam Hassan Baktee sekarang mencari peluang untuk menjadi ahli parlimen pada PRU 15.

Beliau mendakwa dihampiri oleh beberapa pihak berdasarkan apa yang dianggap sebagai kecemerlangan beliau sebagai ADUN Pengkalan Batu.

Bagaimana pun, beliau masih tidak memutuskan tindakan selanjutnya, namun bersedia untuk menjadi ahli DAP atau UMNO semula kerana mendakwa kedua-dua parti itu tidak pernah melakukan kesalahan.

Norhizam memberitahu akhbar Mingguan Malaysia tentang niatnya untuk bertanding atas tiket parti, bagi mengelak kegagalan seperti mana dialami semasa pilihan raya negeri Melaka pada Oktober 2020 yang menyaksikan beliau kecundang dalam usaha mempertahankan kerusi bebasnya.

“Saya mempunyai rekod cemerlang sebagai ADUN Pengkalan Batu dan Exco kerajaan negeri Melaka, jadi ini adalah alasan kukuh untuk bertanding di kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya.

Norhizam mendakwa rakyat masih mahukan beliau, namun kali ini merasakan perlu berdiri di atas platform parti bagi mengatasi kesulitan.

Kerusi parlimen Hang Tuah Jaya kini disandang oleh ketua Penerangan PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Sebelum ini Norhizam bersama UMNO, tetapi berpindah ke DAP pada 2006.

Beliau antara empat ADUN yang dikatakan punca kejatuhan kerajaan negeri Melaka di bawah pimpinan Sulaiman Md Ali pada Oktober tahun lalu, apabila BN kembali dengan memenangi 21 daripada 28 kerusi.

-BTS Media

Leave a Comment