Oleh Yusoff A. Shariff
JEMPUTAN muktamar PAS yang sedang berlangsung di Alor Setar telah dihantar kepada UMNO Kedah tetapi tiada sebarang maklum balas diterima, kata parti itu.
Menurut penolong setiausaha PAS Kedah Zulkifli Yahya dalam catatan Facebook pada 3 Sept, jemputan itu diserahkan sendiri kepada ketua penerangan UMNO Kedah Datuk Suraya Yaakob.
Bagaimana pun, Suraya dalam kenyataan melalui Facebook pada Ahad (4 Sept) menafikannya, dan mendakwa bahawa 𝙟𝙚𝙢𝙥𝙪𝙩𝙖𝙣 𝙩𝙚𝙧𝙨𝙚𝙗𝙪𝙩 𝙙𝙞𝙗𝙪𝙖𝙩 𝙖𝙩𝙖𝙨 𝙩𝙞𝙠𝙚𝙩 𝙀𝙭𝙘𝙤 𝙆𝙚𝙧𝙖𝙟𝙖𝙖𝙣 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙆𝙚𝙙𝙖𝙝, dan langsung tidak melibatkan kapasiti kepimpinan UMNO atau institusi kepartian.
Sebelum ini, Ketua UMNO Kedah Datuk Seri Jamil Khir Baharom mendakwa tiada seorang pun dalam UMNO negeri itu menerima jemputan ke muktamar tersebut.
Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam sidang media pada Sabtu berkata pemimpin UMNO, termasuk presiden, ahli majlis tertinggi dan jawatankuasa Kedah dijemput ke majlis itu.
Parti itu berkata ruang perbincangan dengan UMNO masih terbuka, tetapi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tidak akan wujud sebarang pakatan dengan parti Islam itu untuk Pilihan Raya Umum Ke-15.
Kedua-dua parti itu berada dalam Muafakat Nasional, yang ditubuhkan pada 2019.
-BTS Media