BTS Media

PAS kekal bersama Perikatan Nasional, tidak bekerjasama dengan UMNO

Oleh Yusoff A. Shariff

UMNO bersama Barisan Nasional memutuskan untuk bergerak secara sendirian pada PRU15 selepas PAS membuat ketetapan untuk kekal dalam Perikatan Nasional.

Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, berkata pihaknya sudah menjangkakan keputusan akan dibuat oleh PAS itu.

Dalam satu kenyataan, beliau mendakwa UMNO tidak pernah menutup pintu kepada sebarang usaha murni ke arah penyatuan ummah yang berteraskan nilai keikhlasan dan kejujuran.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata parti itu memilih untuk memperkukuh hubungan dengan PN dalam PRU15.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS yang berlangsung lebih tiga jam di ibu pejabat parti itu hari ini (Khamis 13 Okt).

Mesyuarat itu turut memuktamadkan perbincangan kerusi di negeri dengan PN.

Sebelum ini mursyidul amnya Hashim Jasin berkata PAS sedang meneliti hubungan antara UMNO dan Bersatu apabila kedua-dua parti berkenaan saling menetapkan syarat berkaitan kerjasama politik bagi PRU15.

Pada 2 Okt, Zahid mengemukakan tiga tuntutan kepada PAS sebelum bekerjasama, iaitu PAS meninggalkan PN, memutuskan hubungan dengan Bersatu dan mengumumkan secara rasmi parti itu berpisah) 100 peratus daripada PN dan Bersatu.

-BTS Media

Leave a Comment