BTS Media

PAS mesti keluar PN, tinggal Bersatu jika mahu kerjasama dengan UMNO, kata Zahid

Oleh Yusoff A. Shariff

UMNO hanya bersedia membincangkan kerjasama dengan PAS dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) jika parti itu memenuhi tiga syarat, kata Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu berkata, tiga syarat itu sudah dimaklumkan kepada PAS pada pertemuan dengan presidennya Hadi Awang, baru-baru ini.

Beliau berkata ini termasuk PAS mesti meninggalkan Perikatan Nasional (PN) dan memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

“Mereka (PAS) mengetahui syarat-syarat itu dan kalau mereka memenuhi syarat-syarat itu baharu rundingan boleh dilakukan dengan mereka,” katanya kepada media di Alor Gajah, Melaka hari ini (Ahad 2 Oktober).

Ahmad Zahid yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, permuafakatan antara UMNO dan PAS untuk menghadapi PRU15 akan “kekal di takuk lama” jika tiada keputusan rasmi daripada PAS.

“Selagi PAS tidak membuat keputusan secara rasmi selagi itu kita tidak dapat merungkaikan apa juga isu dan perkara-perkara yang menjadi perbezaan antara kedua-dua parti,” katanya.

-BTS Media

Leave a Comment