BTS Media

Tun Mahathir terbuka untuk kerjasama dengan BERSATU

BEKAS perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Gerakan Tanah Air (GTA) terbuka untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Dr Mahathir, yang merupakan ahli Parlimen Langkawi, berkata GTA masih belum bertemu pemimpin Bersatu untuk membincangkan kemungkinan kerjasama.

“Kami tidak menolak kemungkinan itu” katanya pada sidang media hari ini.

Mengenai kerjasama dengan Anwar, beliau berkata beliau bersedia untuk bekerjasama dengan bekas ketua pembangkang parlimen itu.

Beliau, bagaimana pun , minta supaya perkara itu dirujuk Anwar sama ada beliau sudi bekerjasama.

Ditanya mengenai syarat yang akan ditetapkan GTA untuk kerjasama dengan parti lain, Dr Mahathir berkata selagi mereka menentang UMNO, mereka akan diterima.

Beliau kemudian ditanya sama ada sanggup bekerjasama dengan mereka yang dicap sebagai pengkhianat, seperti pemimpin BERSATU.

Beliau berkata kena tengok siapa yang sebenarnya pengkhianat lebih besar, selagi mereka menentang UMNO laluan perbincangan terbuka.

-BTS Media

Leave a Comment