BTS Media

Ahli perniagaan kelahiran Malaysia diisytihar CEO gaji tertinggi di dunia

Oleh Yusoff A. Shariff

KETUA pegawai eksekutif bergaji tertinggi di Amerika Syarikat bukanlah Tim Cook dari Apple mahupun Elon Musk dari Tesla, tetapi ahli perniagaan kelahiran Malaysia Tan Hock Eng.

Tan juga mengatasi Mark Zuckerberg dari Meta Platforms (Facebook) dengan memperoleh pampasan sebanyak RM760 juta (AS162 juta tahun lepas), lapor akhbar South China Morning Post (SCMP), yang memetik analisis oleh akhbar Wall Street Journal (WSJ) minggu ini.

“Tan, yang merupakan warganegara AS, ialah Ketua Pegawai Eksekutif syarikat semikonduktor Broadcom Inc. dan telah mendahului carta gaji sejak 2006, menerima AS$103 juta pada 2017,” kata WSJ.

Bagaimanapun, pakej gaji itu disertakan dengan beberapa syarat, termasuk stok syarikat mencecah paras tertentu menjelang tahun berikutnya.

Tan juga merupakan ahli lembaga Meta Platforms (Facebook).

Saham syarikat Broadcom telah meningkat sebanyak 106% sepanjang 12 bulan lalu, membawa kepada permodalan pasaran sebanyak AS$655bil.

-BTS Media

Leave a Comment