GAMBAR: Malaysiakini.
PUSAT Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4) mengkritik pelantikan semula Azam Baki sebagai ketua pesuruhjaya SPRM.
Kumpulan antirasuah itu berkata apa yang berlaku sama sekali tidak menggambarkan pembaharuan institusi yang pernah disebut Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini.
Mereka berpendapat nama itu patut dicadangkan oleh parlimen melalui sebuah jawatankuasa pilihan khas parlimen.
“Kewibawaan dan kebebasan SPRM akan kekal dipersoal selagi proses lantikan ketua pesuruhjayanya tidak diperbaharui,” katanya.
Badan itu turut membangkitkan kontroversi lama Azam, antaranya berkaitan pemilikan saham yang diragui sepadan dengan gajinya sebagai penjawat awam.
Azam berkata saham itu bukan miliknya tetapi dibeli oleh adik atas namanya.
Baca lagi: https://www.malaysiakini.com/news/705487