KELUARGA bekas Ketua Polis Negara Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar menafikan dakwaan bahawa pertukaran tempat pengebumian beliau ke Tanah Perkuburan Islam Taman Bukit Kiara adalah atas permintaan mereka.
Anak lelakinya, Kapten (B) Abdul Rahmat Omar Mohamed Hanif, dalam satu kenyataan berkata tiada perbincangan diadakan oleh Unit Protokol dengan keluarga mengenai keputusan menukar tempat pengebumiannya dari Makam Pahlawan ke Bukit Kiara.
“Kenyataan ini dibuat kerana ada khabar angin mengatakan keluarga kami meminta perubahan itu, dan ada juga pihak membuat andaian politik yang tidak sihat.”
Beliau berkata, maklumat akhir dan komunikasi berhubung pengurusan pengebumian arwah bapanya dengan polis adalah pada pukul 9.45 pagi pada hari pengebumian, apabila diminta mempertimbangkan membawa jenazah bapanya terus ke Masjid Negara untuk urusan pengebumian sebelum dibawa ke Makam Pahlawan.
-BTS Media