BTS Media

PADU: Khairy akan buat laporan polis berhubung kecurian identitinya

BEKAS menteri kesihatan Khairy Jamaluddin akan membuat laporan polis selepas nombor kad pengenalannya digunakan pihak lain dalam Pangkalan Data Utama (Padu).

Dia mengetahui perkara itu selepas gagal mendaftar dalam sistem itu apabila dia gagal berbuat demikian kerana akaunnya telah wujud.

“Baru nak daftar dah kecundang,” tulisnya di media sosial sambil berkongsi tangkapan layar mesej daripada sistem Padu.

Bekas ketua Pemuda Umno itu juga meluahkan rasa terkejut kerana dia tidak pernah mendaftar di Padu sebelum ini.

Dia bagaimanapun kemudian berkongsi maklumat bahawa isu itu telah selesai dan Padu berjaya set semula log masuk untuk nombor kad pengenalannya.

“Ada orang daftar guna nombor kad pengenalan saya.

“Identitinya didedahkan di atas talian, yang tindakan itu saya tidak pasti bagus atau tidak.

“Dua kesilapan tidak menjadikan sesuatu itu benar.

“Perkara yang betul untuk dilakukan ialah lapor polis berkaitan kecurian identiti, yang saya akan buat. Bukan dedah maya dan dedahkan maklumat peribadi pihak ini atas talian.

“Perkara itu akan mengundang lebih banyak keraguan pada Padu,” kata bekas anggota parlimen Rembau itu.

‘Selamat berjaya’ – pelaku dikenal pasti

Sementara itu, Farhan Akmal, setiausaha akhbar kepada Menteri Ekonomi Rafizi Ramli memberi amaran supaya orang ramai tidak menggunakan kad pengenalan pihak lain untuk mendaftar Padu.

Dia juga berkata pihak yang melakukan perkara itu telah dikenal pasti.

“Senang saja untuk kesan,” katanya.

Dia juga berkata tiada kebocoran data berlaku kerana pelaku itu tidak berjaya melepas proses pengesahan imbasan kad pengenalan dan wajah yang dinamakan e-KYC.

“Kepada pihak itu, selamat berjaya,” tulis Farhan.

Terdahulu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Rafizi telah diminta menjelaskan isu berkaitan pendaftaran padu kepada kabinet minggu ini.

Anwar berkata penjelasan perlu dibuat susulan kebimbangan Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Tun Openg terhadap sistem itu.

Baca lagi: https://www.malaysiakini.com/news/701048

Leave a Comment