BTS Media

Ebit Lew buat laporan polis kerana fitnah melampau

PENDAKWAH bebas, Ebit Lew membuat laporan polis terhadap dakwaan fitnah melampau yang dilemparkan terhadap dirinya susulan penerbitan wawancara podcast berkaitan dirinya baru-baru ini.

Laporan polis itu dibuat awal pagi tadi di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya.

Memaklumkan perkara itu melalui Instragram, Ebit berkata, laporan polis itu dibuat sebaik tiba dari Jeddah, Arab Saudi kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

“Bismillah. Baru sampai dari Jeddah (pukul) 12 malam tadi terus ke balai polis buat laporan mengenai fitnah-fitnah melampau yang langsung tidak berasas ke atas saya.

“Saya serahkan pihak polis untuk mengambil tindakan. Saya juga menyerahkan kepada pihak peguam saya untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam keterangan hantaran tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Beliau turut memuat naik foto memegang salinan laporan polis di hadapan balai polis berkenaan.

Pada 11 September lalu, seorang selebriti tempatan menerbitkan satu podcast khas menampilkan seorang wanita daripada negara jiran yang pernah dibantu pendakwah berkenaan beberapa bulan lalu.

Wanita itu antara lain mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual ketika berada di Malaysia tahun ini.

-UTUSAN

Leave a Comment