BTS Media

‘Denda’ RM20 jika bazir makanan di restoran di Negri Sembilan

GAMBAR HIASAN

BAGI mengelak pembaziran makanan sepanjang bulan Ramadan, sebuah restoran di Nilai, Negeri Sembilan mengenakan denda RM20 terhadap pelanggan membazir makanan yang diambil dari meja bufet.

Menurut laporan Sinar Harian, ‘denda’ tersebut diperkenalkan oleh restoran itu selepas ketua chef, Nor Arazman Aljunid menyedari ada pelanggan mengambil terlalu banyak makanan sekali gus dan tidak menghabiskannya.

Nor Arazman berkata pendekatan itu bertujuan mendidik pelanggan tentang keperluan untuk mencegah pembaziran makanan.

“Sesetengah pelanggan cenderung mengambil makanan begitu banyak.

“Adalah lebih baik kita ambil apa yang kita niat untuk makan sahaja dahulu dan selepas selesai, kemudian ambil lebih banyak makanan,” kata Nor Arazman.

Nor Arazman berkata, ketika membuat tempahan pelanggan bufet akan diberitahu mengenai denda RM20.

Arahan baharu itu juga dipaparkan dalam notis amaran di restoran.

Menurut Nor Arazman, denda RM20 dikenakan ke atas setiap 100 gram makanan yang tidak dimakan setiap pelanggan.

“Setakat ini, belum ada penalti yang dikenakan. Kami juga menyediakan makanan mengikut bilangan pelanggan. Bila makanan dah nak habis, barulah kita masak lagi. Kami tidak mahu membazir makanan.

“Tetapi, pelanggan tidak perlu risau kerana makanan kami sentiasa mencukupi dan mereka boleh makan pada waktu yang ditetapkan,” tambah Norazman yang telah menjadi chef selama 25 tahun.

-BTS Media

Leave a Comment