BTS Media

Muhyiddin kemuka rayuan berhubung kesnya dirujuk semula

BEKAS perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan supaya diteruskan kes jenayahnya melibatkan empat tuduhan penyalahgunaan kuasa di Mahkamah Tinggi.

Notis rayuan itu dikemukakan melalui syarikat guaman Tetuan Chetan Jethwani & Company yang mewakili beliau semalam (29 Februari), lapor The Star.

Rayuan menamakan pihak pendakwa sebagai responden.

Dalam notis tersebut, The Star melaporkan bahawa Muhyiddin merayu terhadap keseluruhan keputusan oleh Mahkamah Rayuan.

Presiden Bersatu itu menyatakan tiga sebab utama mahkamah rayuan membatalkan pembebasannya sebelum ini.

Peguam beliau merujuk kepada maksud perkataan “pertubuhan” dan “rakan kongsi” di bawah Seksyen 3 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Menurut akta tersebut di mana mahkamah memutuskan bahawa Bersatu ialah sebuah pertubuhan politik yang terhad dalam definisi “rakan kongsi” di bawah Seksyen 3, hakim Mahkamah Tinggi melakukan kesilapan apabila beliau memutuskan bahawa empat tuduhan terhadap Muhyiddin di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 tidak mendedahkan suatu kesalahan di bawah undang-undang.

Juga, oleh sebab empat tuduhan tersebut jelas dan tidak meragukan, justeru tidak perlu bagi pihak pendakwaan memberi butiran tentang bagaimana kesalahan itu dilakukan.

Pada hari Rabu (28 Februari), panel tiga hakim mahkamah rayuan yang diketuai Hakim Hadhariah Syed Ismail memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi telah tersalah apabila beliau memutuskan bahawa tuduhan terhadap Muhyiddin adalah cacat.

Dua hakim lain dalam panel tersebut ialah Hakim Azmi Ariffin dan S.M. Komathy Suppiah.

Sebelum ini, Muhyiddin dibebaskan dan dilepaskan (DNA) oleh hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Muhammad Jamil Hussin yang mendapati bahawa empat tuduhan terhadap Ahli Parlimen Pagoh tersebut tidak sah, tidak terbukti, dan tidak jelas.

Perbicaraan kes utama di Mahkamah Sesyen telah ditangguhkan sementara menunggu penyelesaian permohonan Muhyiddin untuk menolak empat tuduhan.

-BTS Media

Leave a Comment