BTS Media

Tsunami: PM Jepun gesa penduduk pantai barat pindah segera

Oleh Yusoff A. Shariff

SUSULAN gempa bumi yang melanda Jepun, Perdana Menteri Fumio Kishida menggesa penduduk di kawasan yang terjejas supaya segera berpindah.

“..Di kawasan yang dijangka berlaku tsunami, saya meminta penduduk berpindah secepat mungkin,” katanya di Tokyo, lapor Japan Times.

Amaran tsunami juga dikeluarkan bagi wilayah Ishikawa, Niigata, Toyama dan Yamagata. Penduduk diminta segera meninggalkan kawasan pantai, memandangkan ombak setinggi 1.2 meter mula mencecah Pelabuhan Wajima Semenanjung Noto di Ishikawa, lapor NHK.

Amaran tsunami tahap tertinggi kali ini adalah sama dengan amaran yang dikeluarkan selepas gempa bumi Mac 2011 yang menyebabkan kematian lebih 20,000 orang.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun, mereka orang yang terperangkap ombak (tsunami) melebihi satu meter dianggap “berkemungkinan besar tidak dapat berdiri dengan kukuh, dan mungkin maut.”

NHK melaporkan bahawa ketinggian tsunami di Pelabuhan Wajima telah meningkat sejak gelombang awal, walaupun ukuran tepat masih belum ditentukan.

-BTS Media

Leave a Comment