BTS Media

Tsunami landa sebahagian pantai barat Jepun

Oleh Zainal As Rashid

TSUNAMI dilaporkan berlaku di sebahagian pantai barat Jepun selepas gempa bumi besar berukuran magnitud 7.6 melanda Jnegara itu tengah pada hari tadi (1 Januari).

Menurut NHK, tsunami tersebut dilaporkan setinggi kira-kira 1 meter, tetapi gelombang yang lebih besar dijangka akan menyusul.

Rakaman yang disiarkan oleh badan penyiaran Jepun itu menunjukkan bangunan runtuh di Ishikawa, dan gempa menggoncangkan bangunan di ibu kota Tokyo yang terletak di bahagian pantai bertentangan.

Pembekal utiliti Hokuriku Electric Power memaklumkan bahawa lebih 36,000 rumah terputus bekalan elektrik di wilayah Ishikawa dan Toyama.

Awal hari ini, Agensi Meteorologi Jepun telah mengeluarkan amaran tsunami bagi wilayah pantai Ishikawa, Niigata dan Toyama.

Jurucakap kanan kerajaan Hayashi Yoshimasa berkata dalam satu sidang akhbar tergempar bahawa pihak berkuasa masih menilai kerosakan dan memperingatkan penduduk agar bersedia menghadapi gempa bumi yang mungkin berlaku.

Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Nuklear Jepun berkata tiada kerosakan setakat ini dilaporkan berlaku di loji kuasa nuklear yang terletak di sepanjang Laut Jepun, termasuk lima reaktor aktif di loji Ohi dan Takahama Kansai Electric Power di Prefektur Fukui.

Loji Shika Hokuriku di Ishikawa, yang paling dekat dengan pusat gempa bumi, telah menghentikan dua reaktornya sebelum gempa bumi melanda dan sedang menjalankan pemeriksaan berkala, kata agensi itu.

Gempa bumi besar dan tsunami yang melanda timur laut Jepun pada 11 Mac 2011, telah menyebabkan hampir 20,000 maut, selain merosakkan beberapa bandar dan mencetuskan kebocoran nuklear di Fukushima.

-BTS Media

Leave a Comment