Oleh Yusoff A. Shariff
PETRONAS Dagangan Bhd (PDB) hari ini mengumumkan menghadapi isu bekalan diesel, yang menjejaskan beberapa stesennya di seluruh negara.
Menurut syarikat itu, keadaan dijangka berterusan sehingga Ahad ini (31 Dis).
Ini diumumkan dalam satu kenyataan bertarikh 26 Dis di laman web rasmi syarikat tersebut.
“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul dan memberi jaminan kepada pelanggan kami bahawa kami sedang bekerjasama secara aktif dengan pihak berkuasa dan pihak berkepentingan berkaitan untuk meminimumkan gangguan.
“Untuk bantuan atau maklumat lanjut, sila hubungi Mesralink di 1300888181.
PDB, bagaimana pun tidak menjelaskan secara terperinci sejauh mana isu bekalan dan berapa banyak stesen di seluruh negara terjejas.
-BTS Media