BTS Media

Wan Saiful didakwa 18 tuduhan baharu ubah wang haram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan mengaku tidak bersalah atas 18 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM6 juta.

Bekas ketua penerangan Bersatu itu mohon dibicarakan selepas tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Suzana Hussin.

Beliau dituduh di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (Amla), yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda minimum RM5 juta, sekiranya disabitkan.

Sebelum ini, Wan Saiful menghadapi dua tuduhan yang berkaitan dengan inisiatif Jana Wibawa, satu rangsangan yang diperkenalkan oleh kerajaan Perikatan Nasional ketika itu untuk membantu kontraktor Bumiputera semasa wabak Covid-19.

Read more: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/10/25/wan-saiful-didakwa-18-tuduhan-baharu-ubah-wang-haram/

Leave a Comment