GAMBAR ATAS: Pemimpin Yahudi Zionis, David Ben Zion yang mencetuskan fitnah kononnya pejuang Hamasa memenggal kepala 40 bayu Yahudi.
Oleh Fetty Rara
SELEPAS seorang askar simpanan Israel, David Ben Zion memberitahu wartawan bahawa pejuang HAMAS “memenggal kepala bayi,” Joe Biden, Benjamin Netanyahu, dan media antarabangsa tanpa memastikan kesahihan terus menyebarkan fitnah tersebut.
Portal berita, The Grayzone telah menyiasat dan mendapati bahawa fitnah itu dibuat oleh Ben Zion, seorang pemimpin Zionis fanatik yang bertujuan menghasut peneroka Yahudi di tanah Arab supaya bangkit dan segera menghapuskan sebuah bandar Palestin yang terletak berdekatan.
Fitnah tersebut yang kemudian disebarkan oleh kementerian luar Israel telah mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa, terutama negara-negara barat pro-Israel.
Mereka mendakwa bahawa pejuang HAMAS telah memenggal kepala 40 bayi semasa serangan ke atas penempatan Yahudi (kibbutz) Kfar Aza yang terletak di sempadan Gaza.
Presiden Amerika Syarikat Joseph Biden turut mengulangi fitnah itu semasa berucap di White House pada 10 Oktober, manakala rangkaian TV di hampir semua negara barat melaporkannya tanpa menyiasat kesahihan sumber dengan teliti.
Wartawan CNN Nic Robertson, turut memetik sumber ketenteraan Israel, bahawa pejuang HAMAS melakukan perbuatan tersebut seperti dilakukan oleh militan ISIS.
The Grayzone kini telah mengenal pasti sumber fitnah tersebut, iaitu Timbalan Komander Unit 71 tentera Israel David Ben Zion, yang juga merupakan ketua masyarakat peneroka Yahudi.
Pada awal tahun ini, Ben Zion telah menghasut hingga mencetuskan rusuhan ganas terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat.
Dalam wawancara pada 10 Oktober dengan wartawan Nicole Zedek dari rangkaian TV tajaan Israel i24, Ben Zion berkata, “Kami bergerak dari pintu ke pintu, dan membunuh ramai pengganas. Mereka sangat zalim kerana telah memenggal kepala kanak-kanak, bayi, dan wanita.
“Tetapi, kami lebih kuat daripada mereka,” dia menambah.
“Mereka adalah haiwan,” merujuk kepada rakyat Palestin dan pejuang HAMAS.
“They chopped heads of children and women,” says David Ben Zion, Deputy Commandee of Unit 71 to our @Nicole_Zedek, while reporting from the massacre in Kfar Aza in southern Israel pic.twitter.com/IHSB0ywMbF
— i24NEWS English (@i24NEWS_EN) October 10, 2023
Beberapa jam selepas wawancara dengan i24 di Kfar Aza, Ben Zion yang masih beruniform kelihatan berulang kali tersenyum dan mentertawakan kesan apa yang difitnahnya.
Reaksinya dianggap pelik dan ganjil kerana masih mampu ketawa setelah kononnya melihat 40 bayi “dipenggal kepala.”
Bagaimana pun, beberapa jam kemudian, Zedek telah membetulkan laporannya dengan menyatakan bahawa dia hanya dimaklumkan oleh pihak tentera Israel berhubung dakwaan kononnya 40 bayi Yahudi dipenggal kepala oleh pejuang HAMAS.
Bagaimana pun, pembetulan tersebut terlambat kerana Netanyahu sendiri telah menegaskan bahawa kanak-kanak dan bayi “benar” dipenggal kepala oleh pejuang HAMAS.
Kenyataan Netanyahu kemudian diperkuatkan lagi oleh Biden di White House.
Sementara itu, beberapa wartawan ber etika dan berprinsip telah segera menarik balik laporan mereka dan membuat pembetulan bahawa apa yang didakwa Ben Zion adalah palsu.
Wartawan Israel, Oren Ziv, yang menyertai lawatan rasmi tentera ke Kfar Aza, mengulas di X (Twitter), “Saya mempersoalkan dan amat sangsi tentang laporan ‘40 bayi dipenggal kepala oleh Hamas’ yang disiarkan selepas lawatan media ke kampung itu.
“Semasa itu saya tidak melihat apa-apa bukti dakwaan tersebut, apa tah lagi jurucakap dan komander tentera Israel juga tidak menyebut tentang sebarang kejadian seperti itu.”
-BTS Media