MENEBAR dan melambung roti canai bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kemahiran, disiplin dan ketekunan.
Seorang kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Adik Terbang, cuba menguji kemahiran menebar roti canai, tetapi akhirnya doh roti yang ditebarkannya itu hinggap di atas kepala bayi.
Kejadian dipercayai berlaku di Warung Abg Mad Roti Canai di Manjung, Perak baru-baru ini.
Dalam video tular sepanjang 50 saat itu, kelihatan pelanggan yang menyaksikan kejadian ketawa, kecuali bayi yang menangis kuat kerana terkejut.
“Minta maaf, saya tidak sengaja,” kata Adik Terbang sambil cuba menenangkan bayi itu.
Dia juga memohon maaf kepada ibu bapa bayi itu atas kesilapannya.
Orang memuji sikap beradab Adik Terbang yang ditunjukkan kepada keluarga.
-BTS Media