BTS Media

Dakwaan ‘Perangkap Pelancong’: PHC akan terus tambah baik Bukit Bendera sebagai destinasi mesti dilawati

GAMBAR: Pelancong di Bukit Bendera/ Foto btsmedia.my

 

Oleh Fetty Rara

PERBADANAN Bukit Bendera Pulau Pinang (PHC) menyangkal satu laporan akhbar Amerika Syarikat, USA Today, yang menyenaraikan Bukit Bendera sebagai perangkap pelancong teratas di Asia dan kesembilan di dunia.

USA Today telah mengemukakan senarai destinasi perangkap pelancong 100 teratas dunia, dengan lapan daripadanya dikenal pasti berada di AS manakala dua lagi di Rovaniemi dan Santa Claus Village di Lapland, Finland.

Menurut penulis laporan tersebut, Glen Luke Flanagan dan Robin Saks Frankel, senarai itu adalah untuk membantu pelancong mengelakkan daripada ‘tertipu’ sebelum mengunjungi destinasi berkenaan.

Pada bulan Julai lalu, mereka telah membuat analisis dengan menggunakan sebanyak 23.2 juta ulasan Google tentang 500 destinasi pelancong paling popular di dunia, yang merangkumi 65 negara di enam benua.

Bagi setiap destinasi, mereka bertanya soalan mudah: Berapa kerap ulasan menyebut istilah “perangkap pelancong,” “terlalu tinggi” atau “mahal”?

Hasilnya, mereka mendapati bahawa Bukit Bendera adalah perangkap pelancong teratas di Asia.

Four Corners Monument (di Arizona, New Mexico, Colorado dan Utah) dikenal pasti sebagai destinasi perangkap pelancong No 1 di dunia, manakala Blue Lagoon di Iceland adalah perangkap pelancong teratas di Eropah.

PHC, yang ditubuh untuk menguruskan Penang Hill, berkata ia memahami bahawa setiap pengalaman pelawat adalah unik, dan menghargai semua maklum balas, sama ada positif atau negatif.

Ia juga mengatakan bahawa Pulau Pinang telah menerima kunjungan pelawat selama lebih 100 tahun, dengan purata lebih 1.5 juta pelancong setiap tahun sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Kajian negatif yang digunakan sebagai asas senarai tersebut telah dipilih dari ulasan Google.

Menurut penulis, selepas disiasat mereka mendapati bahawa beberapa ulasan Google yang digunakan pada bulan Julai 2023 adalah komen yang dimuat naik lebih lima tahun lalu.

Sepanjang tempoh tersebut, PHC berkata Bukit Bendera telah menerima kunjungan lebih dari lima juta pelawat, termasuk semasa Pandemik Covid-19.

-BTS Media

Leave a Comment