Oleh Zainal AS Rashid
BARU-BARU ini, pengguna TikTok Hazrul (@hazrulhaliliceokaw), berkongsi video yang menunjukkan seorang wanita cuba mendapatkan bantuan orang ramai di Kaboom Karnival, Petaling Jaya hujung minggu lalu.
Pada mulanya, wanita itu kelihatan seperti pengunjung karnival lain yang hanya bersiar-siar bersama pasangannya dan berdiri di hadapan sebuah gerai.
Bagaimanapun, Hazrul ternampak wanita itu menunjukkan gerak tangan kecemasan “Isyarat Minta Bantuan” semasa membuka gerainya, lapor TRP.
@hazrulhaliliceokaw Help gesture yg ramai masih tak tahu. Tahniah semua yg membantu mangsa. Semoga dipermudahkan urusan & harap keluarga mangsa kuat dgn ujian ni. Hero yg sebenar @shotlawei 😁 #womensrights #fyp #fypシ #xyzbca #kesdera #kaboomkarnival #pdrm #signalforhelp #sos ♬ Haruman Terindah – ꧁ 𝑹.𝒌𝒂𝒚_𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 ꧂
Pada masa itu, dipercayai bahawa teman lelaki wanita tersebut hanya berada beberapa meter darinya.
Wanita itu berulang kali menggunakan isyarat di sebalik bajunya untuk menyedarkan orang ramai yang lalu lalang. Dia berjaya bertentang mata dengan Hazrul dan beberapa orang berhampirannya.
Hazrul mendakwa ternampak tanda-tanda didera dan lebam pada badan wanita.
Menyedari keadaan, Hazrul menghampiri wanita itu sebelum dia menceritakan apa yang berlaku kepadanya.
Wanita itu mendakwa dia didera oleh teman lelakinya yang berada di bawah pengaruh dadah.
Dia juga memberitahu bahawa dia diikat dan disimbah air mendidih sebelum ini.
Selepas dia mendengar cerita itu, Hazrul segera menghubungi polis dan meminta kru Kaboom Karnival yang lain untuk membantu menangkap suspek pendera.
Dalam kemas kini video lain, Hazrul dipanggil ke balai polis untuk memberikan kenyataan sebagai saksi.
Bapa mangsa turut menghubunginya menerusi WhatsApp dan mengucapkan terima kasih kepadanya kerana tampil membuat laporan sehingga suspek ditahan.
Pada masa yang sama, Hazrul juga menasihati semua orang agar berusaha melakukan seperti apa yang dibuat oleh wanita berkenaan untuk meminta bantuan awam.
-BTS Media