BTS Media

2,268 mangsa banjir di Pahang masih di 16 PPS

KUANTAN: Seramai 2,268 mangsa banjir daripada 655 keluarga masih berada di 16 pusat pemindahan sementara (PPS) di Rompin dan Maran, setakat jam 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Pahang memaklumkan, jumlah itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding 2,353 mangsa daripada 685 keluarga, petang semalam.

Berdasarkan rekod Rompin kekal dengan mangsa banjir tertinggi, 2,255 orang daripada 653 keluarga manakala Maran pula membabitkan 13 orang daripada dua keluarga.

Sementara itu, berdasarkan maklumat dalam laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula, Sungai Keratong di Jambatan Bahau, Keratong, Rompin masih merekodkan bacaan paras air melepasi tahap bahaya, setakat jam 8 pagi ini.

Dua paras air sungai iaitu Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan dan Sungai Bera di Jambatan Sungai Bera pula melepasi tahap amaran.

Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran pula merekodkan paras air melepasi tahap waspada.

Baca lagi: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/03/1073877/2268-mangsa-banjir-di-pahang-masih-di-16-pps

Leave a Comment