BTS Media

Perkhidmatan Ustaz Zamri Mantop tamat Disember 2022 – JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyifatkan dakwaan yang ditularkan seorang pengguna Facebook mengenai jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Dr Mohd Zamri Mohd Zainuldin dalam agensi berkenaan sebagai tidak tepat.

JAKIM menjelaskan, perkhidmatan Mohd Zamri atau lebih dikenali sebagai Ustaz Zambri Mantop sebagai Ahli Lembaga Penasihat Pembangunan Al-Quran JAKIM telah tamat sejak Disember 2022.

“Dr Zamri Zainuldin telah tamat tempoh perkhidmatan sejak Disember 2022 dan pelantikannya tidak diperbaharui,” jelasnya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi JAKIM pada Isnin.

Sebelum ini tular di laman sosial mengenai perdebatan yang mempersoalkan pelantikan Mohd Zamri yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Selangor ke agensi berkenaan.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor baru-baru ini, Mohd Zamri yang mewakili Perikatan Nasional (PN) menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong selepas memperoleh majoriti 6,842 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Khir Ramli.

Baca lagi: https://www.sinarharian.com.my/article/274852/berita/nasional/perkhidmatan-ustaz-zamri-mantop-tamat-disember-2022—jakim

Leave a Comment