Oleh Yusoff A. Shariff
BEKAS penyokong UMNO Tan Sri Noh Omar menggesa Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai presiden parti selepas penangan paling buruk yang dialami parti itu dalam enam pilihan raya negeri.
Beliau berkata Ahmad Zahid harus bertanggungjawab di atas kekalahan UMNO sambil menafikan tuduhan yang beliau (Noh) kononnya mensabotaj Umno, walhal ia adalah angkara Zahid sendiri.
“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada presiden UMNO kerana mensabotaj partinya sendiri. Mengapa dia tidak membantu calon partinya berkempen di Sungai Burong pada Jumaat lalu? Sebaliknya, dia pergi ke Permatang, yang ditandingi oleh calon PKR.
“Jadi, siapa yang mensabotaj parti? Mengapa presiden parti lebih mementingkan parti lain tetapi bukan partinya?” katanya ketika ditemui di pusat penjumlahan undi di Tanjong Karang, Selangor semalam.
Dalam pilihan raya negeri di Selangor, calon Perikatan Nasional (PN) Dr Mohd Zamri Mohd Zainuddin dari PAS menang kerusi Sungai Burong selepas memperoleh 15,447 undi berbanding calon UMNO Mohamad Khir Ramli yang hanya mendapat 8,605 undi.
Anak perempuan Noh, Nurul Syazwani berjaya merampas kerusi Permatang daripada Pakatan Harapan dengan memperoleh 12, 850 undi, manakala calon PKR Mohd Yahya Mat Sahri mendapat 11,122 undi.
Noh, yang dipecat daripada Umno pada Januari atas dakwaan bahawa beliau telah mensabotaj parti, sejak itu berkempen untuk PN dan berikrar untuk menjadikan Tanjong Karang kubu kuat bagi gabungan pembangkang.
Nurul Syazwani keluar Umno untuk menyertai Bersatu selepas bapanya dipecat.
Noh, ahli parlimen Tanjong Karang enam penggal, berkata kekalahan Umno di kerusi utara Selangor adalah akibat perbuatan Ahmad Zahid sendiri, termasuk mengendalikan parti itu “seolah-olah parti itu miliknya” tanpa sebarang konsensus.
-BTS Media