Oleh Yusoff A. Shariff
AHLI veteran UMNO Seri Idris Jusoh menggesa presiden parti Ahmad Zahid Hamidi supaya meletakkan jawatan selepas UMNO kalah teruk dalam pilihan raya negeri semalam.
Dalam satu kenyataan di laman Facebook, bekas ahli parlimen Besut itu menggesa Ahmad Zahid, yang merupakan pengerusi Barisan Nasional (BN), iaitu gabungan yang dianggotai UMNO, mengambil tanggungjawab dan melepaskan jawatannya.
UMNO dan BN bertanding di 108 kerusi pada pilihan raya negeri, tapi hanya berjaya memperoleh 19.
-BTS Media