BTS Media

Adakan PRU15 segera, jika tidak BN kalah – Ahmad Zahid

PRESIDEN UMNO Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menggesa kepimpinan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob untuk segerakan Pilihan raya ke-15.

Bagi Ahmad Zahid, jika tidak dibuat segera, Barisan nasional berisiko kalah.

Beliau berkata pendirian UMNO sudah lama dibuat, tetapi terpulang kepada pucuk pimpinan kerajaan (merujuk kepada Ismail Sabri) untuk menyegerakan tuntutan akar umbi dan parti.

“Segerakanlah atau UMNO dan BN akan tewas. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidaklah berguna,” katanya dalam kenyataan di Facebook pada Sabtu (20 Ogos).

Pada minggu lalu, Zahid yang juga pengerusi BN berkata Barisan Nasional akan mengalami kesukaran sekiranya PRU15 diadakan tahun hadapan, memandangkan keadaan ekonomi dan inflasi yang mungkin meningkat.

Zahid berkata dia tidak mahu parti-parti lawan menggunakan bulan-bulan terakhir sebelum parlimen dibubarkan untuk menyerang BN.

“Apabila melengahkan PRU bermakna kita memberikan senjata kepada musuh untuk terus menyerang.

Ahmad Zahid mendakwa ketika ini pembangkang sedang menimbulkan tanggapan bagi menggugat keyakinan akar umbi UMNO-BN.

-BTS Media

Leave a Comment