BTS Media

TM tawar VSS kepada pekerja 50 tahun ke atas

KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) melaksanakan Skim Pemisahan Sukarela (VSS) kepada semua pekerja, eksekutif dan bukan eksekutif yang berumur 50 tahun ke atas.

TM dalam satu kenyataan berkata, skim VSS itu adalah terbuka untuk semua pekerja dan inisiatif kumpulan itu telah menerima maklum balas positif daripada pekerja.

Ia, katanya menawarkan pekerja dengan pilihan untuk persaraan awal atau peluang untuk beralih ke laluan kerjaya yang berbeza.

“Skim ini dilakukan atas dasar sukarela sepenuhnya. TM tidak menetapkan sebarang sasaran untuk VSS ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

TM berkata, kumpulan juga melaksanakan libat urus bersama dengan kesatuan sekerja dan pekerja yang berpotensi mengambil VSS untuk memastikan ketelusan dan persefahaman bersama.

Katanya, berdasarkan pelaksanaan tawaran sukarela yang lalu, ia mendapat maklum balas positif, menunjukkan terdapat minat ketara daripada segmen tertentu tenaga kerja syarikat itu.

Baca lagi: https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2023/07/1130835/tm-tawar-vss-kepada-pekerja-50-tahun-ke-atas

Leave a Comment