BTS Media

Speaker, Ahli Parlimen Singapura diarah letak jawatan kerana salah laku

GAMBAR: Tan Chuan-Jin (KIRI)/Cheng Li Hui (KANAN)/ Foto: gov.sg

 

SINGAPURA: Speaker Parlimen Singapura dan seorang lagi Ahli Parlimen kanan, parti kerajaan masing-masing melepaskan jawatan mereka, berkuat kuasa hari ini.

Perkara itu disahkan pejabat Perdana Menteri, Lee Hsien Loong, membabitkan peletakan jawatan Speaker, Tan Chuan-Jin dan Ahli Parlimen, Cheng Li Hui.

Kedua-dua pemimpin itu adalah daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Menurut laporan REUTERS, berdasarkan kenyataan itu, peletakan jawatan Chuan-Jin dan Li Hui penting untuk mengekalkan standard kelayakan yang tinggi.

Republik itu sebelum ini dikejutkan dengan berita seorang menteri Kabinet dan seorang hartawan ditahan berhubung satu daripada kes rasuah paling serius dalam tempoh hampir empat dekad.

Kes pembongkaran membabitkan Menteri Pengangkutan, S Iswaran dan Ong Beng Seng itu bukan saja mengancam imej negara itu yang sebelum ini terkenal dengan imej bersih, malah turut menjejaskan parti pemerintah, PAP.

Singapura sentiasa tersenarai antara 10 negara paling kurang terbabit rasuah dalam Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparency International, sejak ia bermula pada 1995.

Pegawai awam di Singapura antara yang memperoleh gaji tertinggi di dunia, dengan Perdana Menterinya, Lee Hsien Loong memperoleh pakej kira-kira SGD$2.2 juta (RM7.54 juta) setahun.

Baca lagi: https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2023/07/1127711/speaker-ahli-parlimen-singapura-letak-jawatan

Leave a Comment