BTS Media

Najib masih Ahli Parlimen Pekan sehingga petisyen ampun ditolak: Speaker

Oleh Yusoff A. Shariff

DATUK Seri Najib Razak akan hanya hilang status sebagai Ahli Parlimen Pekan berikutan sabitan rasuah selepas petisyen memohon pengampunan ditolak.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun hari ini berkata petisyen itu difailkan oleh bekas perdana menteri pada 2 September, iaitu dalam tempoh 14 hari selepas keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitannya, seperti yang disyaratkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata kehilangan keahlian parlimennya hanya akan berkuat kuasa sebaik sahaja isu petisyen diselesaikan, dan sekiranya ia ditolak.

Dalam satu kenyataan pada Isnin (5 Sept) beliau berkata, ini bermakna status Najib kekal tidak berubah pada masa ini dan hanya akan dimuktamadkan apabila petisyen untuk pengampunan diselesaikan.

-BTS Media

Leave a Comment