BTS Media

Speaker tangguh keputusan dakwaan Najib kelirukan Parlimen  

GAMBAR ATAS: Malay Mail

 

Oleh Fetty Rara

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun menangguhkan keputusannya sama ada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa mengelirukan Parlimen berhubung 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Azhar berkata beliau telah menerima penjelasan bertulis daripada Ahli Parlimen Pekan (Najib) pada pagi Selasa (15 Mac) dan menyampaikannya kepada Ahli Parlimen Damansara (Tony Pua),” katanya ketika menjawab soalan oleh RSN Rayer (PH-Jelutong) di Dewan Rakyat pada Isnin (21 Mac).

Beliau berkata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah memberi penjelasan berhubung perkara itu.

Rayer mahukan penjelasan status usul Pua untuk merujuk ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen kerana dikatakan telah mengelirukan Dewan pada 2 Mac lalu.

Najib sebelum ini mendakwa kerajaan Pakatan Harapan dan Perikatan tidak membayar balik hutang RM32 bilion 1MDB sejak 2018.

Beliau juga mendakwa kononnya tidak satu sen pun wang rakyat digunakan untuk membayar balik pinjaman itu. Bagaimanapun, dakwaan Najib itu disangkal oleh Zafrul pada 3 Mac lalu.

Azhar berkata beliau perlu meneliti perkara itu dengan teliti sebelum membuat keputusan.

“Apa yang dikatakan oleh Pekan adalah sangat spesifik kerana beliau berkata kerajaan masih belum membayar balik jumlah pokok.

“Sedangkan Menteri Kewangan berkata bayaran faedah akan dibuat pada Mei ini,” katanya.

Pembayaran ke atas amaun hutang pokok dan faedah 1MDB berjumlah kira-kira RM38 bilion, dengan pembayaran balik jumlah pokok akan bermula pada 2023, berlanjutan sehingga 2039.

-BTSMedia

Leave a Comment